Wednesday, August 20, 2014

RAWATAN ALTERNATIF PLASTIC SURGERY DAN BOTOX : MICRODERMABRASION DI RUMAH

Morning Beautiful...

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang Mikrodermabrasi...

Pasti anda tertanya-tanya apa itu Mikrodermabrasi...Mikrodermabrasi adalah satu kaedah baru dalam perawtaan kulit wajah. Ia juga dikenali sebagai "instant facelift" ianitu satu alternatif berkesan selain prosedur mahal seperti 'Plastic Surgery', pengelupasan menggunakan bahan kimia dan suntikan 'Botox'. Now, bukan sahaja wanita yang menjaga penampilan wajah, kaum adam juga sudah mula menyihatkan dan mencantikkan wajah agar penampilan lebih bergaya dan berkeyakinan.

Apa sebenarnya Mikrodermabrasi? Apakah fungsi dan kesan yang sebenarnya dilakukan ke atas muka kita? Kena ada Doktor/Penasihat ke? Boleh dilakukan di Spa? Bolehkah buat sendiri di rumah? Untuk tahu jawapannya, kita perlu pelajari sains di sebalik proses kulit ini.

Secara asasnya

Mikrodermabrasi ini bermaksud satu kaedah membuang selapisan kulit luar dengan menggunakan butiran halus seperti kristal (pernah baca, ada yang guna berlian). Banyak produk dan rawatan menggunakan kaedah ini termasuklah prosedur perubatan, rawatan di spa, krim dan skrub yang kita boleh pakai sendiri di rumah. Produk ini akan dipakai di kawasan muka, leher dan tangan. Sebelum itu, jom kita belajar tentang kulit dahulu dan apakah fungsinya. 

Kulit kita terdiri daripada 3 lapisan utama iaitu Epidermis, Dermis dan Tisu Subkutoneus. Epidermis adalah lapisan paling luar yang mengandungi lapisan kulit mati dan kulit baru. Lapisan paling luar di kulit Epidermis ini dipanggil stratum corneum yang mana ia bertindak sebagai pelindung kepada kulit dalaman kita. Ia mampu menyerap kebanyakan benda tetapi tidak molekul-molekul halus seperti serum.

Bila kita letak losyen atau krim pada kulit, hanya sebahagian sahaja lembapan itu akan melepasi stratum corneum. Lapisan ini juga mengandungi garis halus kedutan dan blemish.

Sama ada menggunakan produk atau alatan profesional (seperti di dalam gambar), prinsipnya masih sama iaitu selepas kita membuang lapisan stratum corneum, badan kita akan menanggap ia sebagai kecederaan ringan lalu mempercepatkan proses mengganti sel yang telah hilang dengan sel yang abru dan sihat.

Proses ini memberi kesan baik kepada kulit di mana setelah stratum corneum tiada, permukaan kulit akan diperelokkan. Proses penyembuhan akan menghasilkan kulit baru yang lebih sihat, lembut dan licin. Sebahagian kulit yang tidak elok seperti parut jerawat, sunburn dan garis halus akan dibuang. Dan apabila tiada stratum corneum sebagai penghalang, krim perubatan dan losyen yang disapu akan diresap lebih banyak dan memberikan kesan yang lebih baik kerana bahan-bahan dan lembapan akan dibawa ke lapisan kulit yang lebih dalam. Oleh kerana proses mikrodermabrasi ini membuang lembapan dari kulit untuk sementara waktu, kita perlu terus pakai krim pelembab.

Penyelidikan awal menyatakan sekiranya proses rawatan ini dilakukan pada kekerapan sama, ia mampu mempengaruhi cara kulit dalaman kita tumbuh lebih cepat ke permukaan luaran. Jadi kulit kita diperbaharui dengan lebih cepat serta lebih sihat.

Buat pengetahuan semua, Mary Kay telah menghasilkan 1 set produk khas untuk mikrodermabrasi ini. Sila klik link di bawah


Hubungi:
Munirah
019-458 6247
Perunding Kecantikan Profesional Mary Kay
FB : Eiyaa Beauty
Email : munirah.marykay@gmail.com



Template by:

Free Blog Templates