Wednesday, August 20, 2014

MITOS : KULIT BERMINYAK TAK BOLEH PAKAI PELEMBAB

Mengetahui jenis kulit kita adalah faktor utama untuk mendapatkan rutin penjagaan kulit yang sesuai. Tetapi, ada 1 jenis kulit yang ada bnyak mitos tentang bagaimana menjaganya iaitu kulit berminyak. Antara mitos yang paling dipercayai dalam penjagaan kulit muka berminyak adalah TAK BOLEH PAKAI PELEMBAB!!! 

Permasalahan lain adalah ramai salah diagnose kulit sendiri dan menyangkakan yang mereka mempunyai kulit jenis berminyak padahal bukan. Soalan yang patut kita tanya diri sendiri adalah adakah kulit kita berminyak dengan banyaknya atau haya sekadar kilatan sahaja? Ada orang salah faham antara kulit glowing atau kulit berminyak (Sila lihat beza di antara dua gambar di atas) dan mereka terus pakai pembersih muka jenis mengeringkan untuk membuang minyak di muka. Buat pengetahuaan semua, sekiranya keseluruhan muka berminyak, selepas sejam membasuh muka, ya ianya kulit berminyak. Jika hanya T-zone, ianya jenis kulit kombinasi. 

MITOS : TAK BOLEH PAKAI PELEMBAB

Mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak menyangka mereka perlu sentiasa bersihkan muka untuk membuang minyak dan tak perlukan pelembab. Ianya sama sekali tidak benar. Apa yang perlu dilakukan ialah jauhi pelembab yang terlalu pekat, seperti mengandungi shea butter atau petrolatum. Ianya boleh menyebabkan sebum yang terlalu banyak. 

Percaya atau tidak, pelembab sangatlah diperlukan bagi mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak kerana ia memerlukan kelembapan sepertimana jenis kulit yang lain. Terutamanya mereka yang menggunakan pembersih yang kuat serta tinggi bahan kimia untuk merawat kulit berjerawat/berminyak.

Pembersih sebegitu akan menghilangkan lembapan semulajadi kulit dan mengeringkan kulit. Hasilnya, kulit bertindakbalas dengan mengeluarkan minyak dalam usaha menangani kehilangan lembapan yang masih ada dalam kulit dan menjadikan kulit semakin berminyak dari sebelumnya. Kesan yang lebih teruk adalah ia akan mengganggu kitaran semulajadi penghasilan minyak. 

Minyak dari kelenjar sebum sebenarnya menyediakan linciran pada kulit, bukan melembab. Minyak dikeluarkan dari liang roma untuk melincirkan kulit sekaligus mengekalkan lembapan semulajadi kulit. Jadi, Menggunakan pelembab yang dibuat khas untuk kulit berminyak dapat membantu menghidrat kulit dan mengurangkan pengeluaran minyak sekaligus mengurangkan kilatan pada muka kita. 

Pilihlah pelembab yang berformula ringan, bebas minyak, noncomedogenic dan mengandungi salicylic acid yang membantu menghalang pengeluaran minyak. Dengan pemakaian pelembab setiap hari, penghasilan minyak dapat dikawal. Dapatkan nasihat daripada perunding kecantikan untuk mengetahui pelembab mana yang paling sesuai untuk kulit kita. Pelembab Mary Kay memenuhi keperluan setiap jenis kulit. Jika ingin mencuba secara PERCUMA, boleh hubungi/sms/whatsp 019-458 6247 untuk set temujanji.

Cubalah buat eksperimen, kalau sehari keluar tanpa pakai pelembab selepas menggunakan pembersih anti-minyak dan toner. Perhatikan berapa cepat minyak dihasilkan dan membuatkan kulit jadi berkilat. Jika sebelum ini memang tidak memakai sebarang pelembab, cubalah pakai dan bandingkannya... dan kongsikan pengalaman anda di ruangan komen di bawah... Klik link di bawah untuk mengetahui set untuk kulit berminyak Mary Kay..



Hubungi :
Munirah
019-458 6247
Perunding Profesional Mary Kay
FB : Eiyaa Beauty
Email : munirah.marykay@gmail.com

Template by:

Free Blog Templates