Monday, December 16, 2013

Kosmetik Tiruan - Pengguna Perlu Bijak dan Berhati-hati

Pengguna barangan kosmetik dinasihatkan berwaspada dengan produk kosmetik tiruan kerana kandungannya sangat berbahaya dan dikhuatiri boleh merosakkan kulit serta mendatangkan kesan kepada sel dalam badan.

Kosmetik yang dicampur RACUN HIDROKUINON bukan saja memberi alahan teruk kepada wajah, malah penyerapannya dalam darah melalui kulit boleh memberi kesan kepada organ dalaman.

Kandungan kosmetik ibarat bom jangka kepada mereka yang gemar menggunakannya kerana kebanyakannya mengandungi hidrokuinin dan tretinoin.
Penyerapan hidrokuinon dalam darah melalui kulit dalam kuantiti yang banyak akan menyebabkan sawan, pendengaran berdengung, pertuturan menjadi sukar difahami, perasaan lemas, mual dan muntah, kekejangan otot serta sakit kepala.

Kesan luaran pula ialah kulit menjadi hitam terutama jika terdedah kepada cahaya matahari, lebih sensitif dan mudah terluka, kering dan gatal serta menghalang proses pigmentasi. Ia mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan boleh mendedahkan pengguna kepada risiko KANSER KULIT.


Begitu juga dengan kesan sampingan penggunaan tretinoin yang boleh menyebabkan rasa terbakar pada kulit, kegatalan, kulit menggelupas dah kekeringan, jeragat hitam bertambah dan kulit menjadi sensitif kepada cahaya ultra ungu.

Still confuse, call/sms or email me for free consultation!





Hubungi : 
Munirah
019-458 6247
Perunding Kecantikan Profesional Mary Kay
FB : Eiyaa Beauty
Email : munirah.marykay@gmail.com


Template by:

Free Blog Templates