Wednesday, May 21, 2014

APA ITU JERAGAT?

Jeragat adalah salah satu dari masalah kulit yang sangat biasa di kalangan penduduk Asia umumnya dan Malaysia khasnya. Di Asia Tenggara, ia berada dalam 10 tangga teratas didalam masalah kulit yang dihadapi. Kaum wanita lebih kerap terlibat dimana nisbahnya lebih kurang 12:1 (Wanita : Lelaki). Nisbah ini berbeza mengikut negara.

Jeragat paling tinggi dilihat pada mereka yang berumur antara 25-50 tahun. Kawasan muka yang sering terlibat adalah bahagian pipi. Namun terdapat juga mereka yang mengalaminya pada hidung dan dahi. Jeragat boleh dibahagikan kepada JERAGAT EPIDERMIS dan JERAGAT DERMIS. Kebiasaannya kedua-dua keadaan tersebut akan hadir bersama.


Lapisan kulit kita terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Epidermis, Dermis dan Tisu Subkutaneus. Produk pengelupasan ataupun produk yang mengandungi bahan kimia yang tinggi akan menipislan Lapisan Epidermis kulit. Apabila kulit telah nipis dan pancaran matahari memancar terus pada lapisan Melanosit kulit, maka terhasillah jeragat. 

Selain itu jeragat juga boleh terhasil disebabkan penggunaan ubat atau makanan tambahan yang berlebihan. Contoh : Pil Perancang dan juga faktor keturunan

Rawatan untuk Jeragat

1) Rawatan Laser
Cara ini berkesan untuk Jeragat Dermis kerana gelombang laser boleh masuk jauh ke dalam kulit.

2) Mikrodermabrasion dan HV Lontophoresis
Cara ini menggunakan satu alat untuk menghasilkan pengelupasan secara mekanikal. Ia kemudiannya diikuti dengan rawatan Vit C Lontophoresis yang akan mencerahkan kulit. Berkesan untuk mereka yang mempunyai kulit anjal dan tebal.

3) Krim dan Sun Protector
Ini merupakan rawatan susulan. Tidak mencukupi hanya menggunakan krim atau sun protector sahaja. Ianya mesti seiring dengan rawatan jeragat di atas.

Mary Kay mengeluarkan 1 produk iaitu Mary Kay® MelaCEP™ Whitening System Essence yang mana fungsinya adalah untuk memudarkan jeragat..


Anda mempunyai masalah jeragat dan tak tahu bagaimana untuk menyelesaikannya.... Hubungi saya 019-458 6247 (Munirah) bagi yang belum mempunyai perunding....bagi yang telah mempunyai perunding bolehlah hubungi perunding anda..



Template by:

Free Blog Templates