Friday, August 29, 2014

FREE BASIC MAKEUP CLASS

Morning Beautiful...
Apa khabar anda hari ini???
Ramai yang hubungi saya bertanya bila Kelas Mekap akan diadakan..
Buat semua wanita-wanita hebat, saya nak maklumkan yang Kelas Asas Mekap PERCUMA akan diadakan seperti berikut...


Daftar SEGERA!!!
Tempat TERHAD!!!
1st Come 1st Serve

Tuesday, August 26, 2014

MINERAL POWDER FOUNDATION

Tiada satu pun bahan yang digunakan dalam alat mekap mineral yang “serba semula jadi”. Ini adalah kerana mineral perlu melalui satu proses purifikasi intensif sebelum dimasukkan ke dalam produk kosmetik. Malah, air juga perlu dirawat terlebih dahulu sebelum digunakan dalam kosmetik! Walaupun Mary Kay® Mineral Powder Foundation mengandungi bahan-bahan semula jadi, kita tidak boleh menganggapnya “serba semula jadi” kerana itu adalah tidak tepat.

Alas mekap boleh melindungi kulit daripada kesan-kesan alam sekitar dan meratakan tona kulit. Ia juga membantu kulit kelihatan licin berseri dan merupakan asas yang baik untuk pelbagai warna mekap.

Terdapat dalam 5 warna 

Apakah kelebihan Mineral Powder Foundation???
1. Mudah digunakan agar wajah tampak berseri
2. Menutupi garis-garis halus, kedutan dan ketidaksempurnaan wajah
3. Memberi litupan yang sempurna dan menyeluruh
4. Sesuai untuk kulit sensitif
5. Diuji secara klinikal untuk kerengsaan dan alergi kulit
6. Bebas daripada pewangi
7. Bebas daripada minyak
8. Tidak komedogenik
9. Diuji oleh ahli dermatologi

Bedak Mary Kay juga terdapat dalam bentuk translucent, Klik disini


Untuk mencuba atau mendapatkan produk, bolehlah hubungi/sms/whatsap 
019-458 6247 (Munirah), Perunding Kecantikan Profesional Mary Kay

MARY KAY TRANSLUCENT LOOSE POWDER

Mencari bedak yang sempurna dengan tona kulit adalah amat susah. 
Mary Kay memperkenalkan sejenis bedak debu yang sesuai digunakan untuk pelbagai tona kulit iaitu Translucent Loose Powder.

Ciri-ciri penyebaran cahaya dalam Translucent Loose Powder telah direka untuk memantul cahaya dan mencipta efek "fokus lembut" yang menghilangkan penampilan garis-garis halus dan setiap wanita pasti menyukainya.


Apakah Kelebihan Translucent Loose Powder?
1. Menyediakan kemasan nipis untuk setiap tona kulit
2. Mengawal kilauan berminyak sepanjang hari
3. Menyingkirkan keperluan pemadanan warna
4. Berasa ringan, semulajadi dan lembut bak baldu pada kulit : Sesuai untuk Kulit Sensitif
5. Diuji oleh Ahli Dermatologi
6. Bebas wangian

Kajian konsumer yang dibuat sepanjang 1 minggu menunjukkan 8 daripada 10 wanita mengatakan:
* 98% berkata ia berasa ringan pada kulit
* 84% berkata ia mengadun dengan mudah dan melengkapkan penampilan solekan yang 
   sempurna
* 88% berkata ia menyingkirkan kilauan berminyak
* 86% berkata ia menyediakan litupan tulen

Bedak Mary Kay juga terdapat dalam bentuk mineral, Klik disini

Untuk mencuba atau mendapatkan produk, bolehlah hubungi/sms/whatsap 
019-458 6247 (Munirah), Perunding Kecantikan Profesional Mary Kay


CIRI-CIRI BERUS DARIPADA BULU KHINZIR


  1. Bulu yang rimbun dihujungnya (lebih tepat hujung bercabang)
  2. Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.
  3. Susah tertanggal dan jatuh atau cepat rosak.
  4. Senang didapati berbanding bulu haiwan lain
Antara beberapa maklumat penting tentang penggunaan bulu khinzir ini adalah :
  • Penggunaan bulu khinzir atau khinzir hutan (dipanggil “Bristle”) kerana bentuk mereka yang keras dan kasar.
  • Hujung bulu khinzir ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya yang bercabang (split ends). Bristle daripada wilayah Chungking China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.
  • Dan perbezaan antara berus bulu kambing atau biri-biri yang banyak digunakan untuk kaligrafi adalah bahagian hujungnya tidak bercabang seperti bulu khinzir. Bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.
Kaedah Pengesahan
  1. Ujian Bakar : Apabila dibakar, bau yang terhasil seperti rambut terbakar
  2. Ujian Kelarutan : Menggunakan pelarut khas iaitu 5% Sodium Hidroksida , kalau larut maknanya ada unsur haiwan dalam sampel
  3. Rupa Bentuk Fizikal : Mempunyai 3 lubang dimana ianya boleh dilihat dengan menggunakan mikroskop. Sama ada lubang itu tembus atau tidak. Kalau kulit haiwan lubang tembung hingga ke dalam
Perhatikan berus solekan yang anda gunakan...adakah ia terdapat ciri-ciri yang dinyatakan di atas??? Anda was-was dengan berus solekan anda???? Jangan risau, Mary Kay mempunyai berus yang sangat lembut, boleh dibasuh dan yang paling penting diperbuat daripada bulu sintetik.. Selamat digunakan tanpa ragu-ragu lagi.

Tunggu apa lagi??? Jom bertukar kepada Berus Solekan Mary Kay !!! Klik disini !!!

BERUS SOLEKAN MARY KAY

Salam Beautiful...
Apa khabar anda hari ini???
Perlu sentiasa ceria agar kulit tidak cepat kedut...

Untuk anda yang sangat concern dengan kosmetik halal, ada perkara lain yang perlu diperhalusi kehalalannya selain produk mekap dan skincare yang dioleskan pada kulit, iaitu berus solekan.

Mengapa 

Hal ini kerana terdapat banyak jenis berus solekan yang terdapat di dalam pasaran... Ada yang murah, ada yang mahal... Dan juga kebanyakkan berus solekan yang terdapat di pasaran adalah menggunakan bulu binatang...

Bulu binatang ini biasanya terdiri daripada bulu tupai, marmut, kambing, kuda, khinzir dll... Dan bulu binatang yang banyak terdapat di pasaran dikenali sebagai Brush Bristle kerana harga yang relatif lebih murah dan memberikan hasil solekan yang sempurna... Walaupun bulu sintetik sekarang banyak yang berkualiti tinggi dan sangat baik.

Untuk pengetahuan semua, ada dua jenis bristle (bulu) yang dijadikan sebagai berus solekan.

1. Berus Sintetik 
Diperbuat daripada sumber bukan organik seperti petroleum
Ciri-cirinya adalah :
* Biasanya dibuat daripada nilon
* Kelihatan berkilat
* Terdapat dalam pelbagai warna
* Mudah digunakan : tidak menyerap air 
* Sesuai digunakan untuk aplikasi solekan cecair seperti foundation kerana tidak menyerap banyak cecair
* Lebih lembut (semakin lembut semakin mahal)

2. Bulu Semulajadi
Diperbuat daripada bulu binatang : tupai, marmut, kambing, kuda, khinzir dll
Untuk bulu khinzir, biasanya untuk sikat alis atau sikat maskara
Ciri-cirinya adalah :
* Kelihatan tidak berkilat
* Warna biasanya semulajadi coklat, kelabu atau hitam
* Mudah serap pigmen
* Penggunaan untuk aplikasi solekan berbentuk powder seperti bedak, blusher, eyeshadow
* Boleh didapati dalam bentuk yang paling kasar sehinggalah paling lembut sekali
*Lebih disukai oleh jurumekap profesional kerana memberikan hasil solekan yang baik
* Harga lebih murah dan mudah didapati

Hari ni saya nak kongsikan dengan anda tentang Berus Solekan Mary Kay yang sangat best...
Berus Solekan Mary Kay diperbuat daripada Bulu Sintetik dan boleh didapati dalam bentuk set atau dibeli secara loose...

Untuk Pembelian Set terdiri daripada:
1. Cheek brush
2. Mineral Powder Brush
3. Eyeshadow Brush
4. Eyeliner/Eyebrow Brush
5. Crease Brush
6. Beg Kosmetik

Boleh juga dibeli secara Loose 

Untuk mendapatkan atau mencuba berus-berus ini, 
bolehlah hubungi/sms/whatsapp 019-458 6247 (Munirah)
Perunding Kecantikan Profesional Mary Kay.









Monday, August 25, 2014

TRUE DIMENSIONS LIPSTICK DENGAN WARNA BARU !!!

Salam beautiful...
Apa khabar hari ni???
Masih Monday Blues???
Hari ni saya nak kongsikan dengan anda satu berita baik yang dinanti-nantikan selama ini
WOW!!! apa tu????

Bulan ini Mary Kay telah melancarkan 4 warna baru True Dimensions Lipstick bagi memberi pelengkap kepada warna-warna sedia ada...
Warna yang sangat menarik dan lembut...
Sesuai di pakai pada bila-bila masa dalam apa jua keadaan...



Mengapa ramai wanita jatuh cinta dengan lipstick ini

1. Lipstik ini memberi kontur dan dimensi kepada bibir agar bibir nampak segak, lembab, berisi dan pejal...
2. Ekstrak tumbuhan dan peptida memberikan penampilan tampak lebih muda...
3. Antioksidan Vitamin E membantu melindungi bibir daripada radikal bebas dan kerosakan alam sekitar...
4. Formula ringan dan ultra berkrim mengandungi campuran minyak matahari, jojoba dan lemak mangga yang terkenal dengan faedah pelembapannya...

Untuk melihat warna-warna yang sedia ada boleh klik di sini

Untuk mencuba semua warna lipstick secara PERCUMA, boleh set temujanji dengan saya..sms/whatsap/hubungi 019-458 6247 (Munirah)






Wednesday, August 20, 2014

PROGRAM HOSTESS (TUAN RUMAH) @ HOSTESS CHALLENGE!!!

Assalamualaikum beautiful...

Banyaknya saya dengar keluhan para wanita yang teringin nak pakai produk Mary Kay tapi hanya mampu memendam rasa apabila dapat tahu harganya. Untuk pengetahuan semua, produk Mary Kay mampu dimiliki oleh semua wanita yang sangat sayangkan dirinya. Antara jalannya adalah seperti di bawah ini:

1. Membeli produk melalui Perunding Kecantikan Mary Kay pada harga Katalog  ATAU
2. Menjadi Perunding Kecantikan Mary Kay (boleh dapat diskaun 30% - 40%) ATAU
3. Join program Hostess (boleh dapat diskaun @ produk PERCUMA)

So, bagi yang rasa kurang mampu nak pakai produk Mary Kay dengan harga Katalog, pilihan ketiga iaitu Program Hostess adalah jalan yang paling murah dan jimat untuk anda mendapatkan produk Mary Kay idaman anda. 

Nak tanya anda, berapa banyak masa yang anda habiskan untuk insan-insan tersayang? Pasti berjam-jamkan... dari pagi sampailah ke petang...  So, apa kata anda luangkan sedikit masa (adjust time) dan hadiahkan diri anda dengan produk ini... Pakaian dan handbag mahal sanggup kita habiskan duit membeli dan bila dah buruk kita akan buang... Tapi bolehkah anda buang kulit anda bila kulit dah kusam, kering, rosak dan berkedut seribu??? Jadi inilah masanya untuk anda belai diri sendiri dengan produk yang berkualiti dan selamat digunakan. 

Anda boleh hubungi/sms/whatsap 019-458 6247 (Munirah) untuk kita berkenalan dan mendapatkan info lebih lanjut tentang program ini.

JOM!!! Ber'Mary Kay" bersama saya...

10 RAHSIA BERJAYA DALAM MARY KAY OLEH NSD CAROL ANTON

Pengarah Jualan Kebangsaan
(National Sales Director)
Carol Anton


10 rahsia kejayaan beliau

1. Sentiasa bertanggungjawab dalam kehidupan sepenuhnya.

2. Tetapkan misi kehidupan dengan spesifik.                                                                                           - Cari sebab dan cara untuk berjaya dan kejayaan pasti menyusul.

3. Bersedialah untuk bayar harga impian itu dengan bijak berusaha dan melaburkan masa 
    serta usaha lebih untuknya.

4. Kekal fokus
     - tidak kira apa jua keadaan!!!

5. Membina kredibiliti diri sendiri sebagai seorang pakar dalam bidang ini.           
    - Langgan majalah kecantikan, mengambil kelas latihan dan lain-lain.

6. Sentiasa mempunyai plan bertulis untuk mencapai matlamat dan impian.             
    - Kemudian bahagikan cara mendapatkan matlamat itu tercapai setiap hari dan terperinci.

7. Apabila cabaran semakin 'tough' hanya yang 'tough' akan tercabar.                               
    - Teruskan, nothing can stop you!!!

8. Ikut perancangan kerja sehabis baik.                                                                              
    - Hari Ini, Bukan Esok - Bertangguh adalah musuh paling dasyat!!!

9. Memberi komitmen sepenuhnya.                                                                                           
    - Janji pada diri adalah ikatan anda pada tali kejayaan!!!

10. Bersedia apabila peluang datang.   
       - Dan ambil kesempatan daripada peluang itu!!!


UNTUK BERJAYA, KENA FOLLOW CARA ORANG BERJAYA. 
BILA NAK BERBISNES, PERLU FOLLOW ORANG YANG BERJAYA DALAM BISNESNYA. 
YOU NEED A MENTOR!!!


Hubungi :
Munirah
019-458 6247
Perunding Kecantikan Profesional Mary Kay
FB : Eiyaa Beauty
Email : munirah.marykay@gmail.com

MITOS : KULIT BERMINYAK TAK BOLEH PAKAI PELEMBAB

Mengetahui jenis kulit kita adalah faktor utama untuk mendapatkan rutin penjagaan kulit yang sesuai. Tetapi, ada 1 jenis kulit yang ada bnyak mitos tentang bagaimana menjaganya iaitu kulit berminyak. Antara mitos yang paling dipercayai dalam penjagaan kulit muka berminyak adalah TAK BOLEH PAKAI PELEMBAB!!! 

Permasalahan lain adalah ramai salah diagnose kulit sendiri dan menyangkakan yang mereka mempunyai kulit jenis berminyak padahal bukan. Soalan yang patut kita tanya diri sendiri adalah adakah kulit kita berminyak dengan banyaknya atau haya sekadar kilatan sahaja? Ada orang salah faham antara kulit glowing atau kulit berminyak (Sila lihat beza di antara dua gambar di atas) dan mereka terus pakai pembersih muka jenis mengeringkan untuk membuang minyak di muka. Buat pengetahuaan semua, sekiranya keseluruhan muka berminyak, selepas sejam membasuh muka, ya ianya kulit berminyak. Jika hanya T-zone, ianya jenis kulit kombinasi. 

MITOS : TAK BOLEH PAKAI PELEMBAB

Mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak menyangka mereka perlu sentiasa bersihkan muka untuk membuang minyak dan tak perlukan pelembab. Ianya sama sekali tidak benar. Apa yang perlu dilakukan ialah jauhi pelembab yang terlalu pekat, seperti mengandungi shea butter atau petrolatum. Ianya boleh menyebabkan sebum yang terlalu banyak. 

Percaya atau tidak, pelembab sangatlah diperlukan bagi mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak kerana ia memerlukan kelembapan sepertimana jenis kulit yang lain. Terutamanya mereka yang menggunakan pembersih yang kuat serta tinggi bahan kimia untuk merawat kulit berjerawat/berminyak.

Pembersih sebegitu akan menghilangkan lembapan semulajadi kulit dan mengeringkan kulit. Hasilnya, kulit bertindakbalas dengan mengeluarkan minyak dalam usaha menangani kehilangan lembapan yang masih ada dalam kulit dan menjadikan kulit semakin berminyak dari sebelumnya. Kesan yang lebih teruk adalah ia akan mengganggu kitaran semulajadi penghasilan minyak. 

Minyak dari kelenjar sebum sebenarnya menyediakan linciran pada kulit, bukan melembab. Minyak dikeluarkan dari liang roma untuk melincirkan kulit sekaligus mengekalkan lembapan semulajadi kulit. Jadi, Menggunakan pelembab yang dibuat khas untuk kulit berminyak dapat membantu menghidrat kulit dan mengurangkan pengeluaran minyak sekaligus mengurangkan kilatan pada muka kita. 

Pilihlah pelembab yang berformula ringan, bebas minyak, noncomedogenic dan mengandungi salicylic acid yang membantu menghalang pengeluaran minyak. Dengan pemakaian pelembab setiap hari, penghasilan minyak dapat dikawal. Dapatkan nasihat daripada perunding kecantikan untuk mengetahui pelembab mana yang paling sesuai untuk kulit kita. Pelembab Mary Kay memenuhi keperluan setiap jenis kulit. Jika ingin mencuba secara PERCUMA, boleh hubungi/sms/whatsp 019-458 6247 untuk set temujanji.

Cubalah buat eksperimen, kalau sehari keluar tanpa pakai pelembab selepas menggunakan pembersih anti-minyak dan toner. Perhatikan berapa cepat minyak dihasilkan dan membuatkan kulit jadi berkilat. Jika sebelum ini memang tidak memakai sebarang pelembab, cubalah pakai dan bandingkannya... dan kongsikan pengalaman anda di ruangan komen di bawah... Klik link di bawah untuk mengetahui set untuk kulit berminyak Mary Kay..



Hubungi :
Munirah
019-458 6247
Perunding Profesional Mary Kay
FB : Eiyaa Beauty
Email : munirah.marykay@gmail.com

RAWATAN ALTERNATIF PLASTIC SURGERY DAN BOTOX : MICRODERMABRASION DI RUMAH

Morning Beautiful...

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang Mikrodermabrasi...

Pasti anda tertanya-tanya apa itu Mikrodermabrasi...Mikrodermabrasi adalah satu kaedah baru dalam perawtaan kulit wajah. Ia juga dikenali sebagai "instant facelift" ianitu satu alternatif berkesan selain prosedur mahal seperti 'Plastic Surgery', pengelupasan menggunakan bahan kimia dan suntikan 'Botox'. Now, bukan sahaja wanita yang menjaga penampilan wajah, kaum adam juga sudah mula menyihatkan dan mencantikkan wajah agar penampilan lebih bergaya dan berkeyakinan.

Apa sebenarnya Mikrodermabrasi? Apakah fungsi dan kesan yang sebenarnya dilakukan ke atas muka kita? Kena ada Doktor/Penasihat ke? Boleh dilakukan di Spa? Bolehkah buat sendiri di rumah? Untuk tahu jawapannya, kita perlu pelajari sains di sebalik proses kulit ini.

Secara asasnya

Mikrodermabrasi ini bermaksud satu kaedah membuang selapisan kulit luar dengan menggunakan butiran halus seperti kristal (pernah baca, ada yang guna berlian). Banyak produk dan rawatan menggunakan kaedah ini termasuklah prosedur perubatan, rawatan di spa, krim dan skrub yang kita boleh pakai sendiri di rumah. Produk ini akan dipakai di kawasan muka, leher dan tangan. Sebelum itu, jom kita belajar tentang kulit dahulu dan apakah fungsinya. 

Kulit kita terdiri daripada 3 lapisan utama iaitu Epidermis, Dermis dan Tisu Subkutoneus. Epidermis adalah lapisan paling luar yang mengandungi lapisan kulit mati dan kulit baru. Lapisan paling luar di kulit Epidermis ini dipanggil stratum corneum yang mana ia bertindak sebagai pelindung kepada kulit dalaman kita. Ia mampu menyerap kebanyakan benda tetapi tidak molekul-molekul halus seperti serum.

Bila kita letak losyen atau krim pada kulit, hanya sebahagian sahaja lembapan itu akan melepasi stratum corneum. Lapisan ini juga mengandungi garis halus kedutan dan blemish.

Sama ada menggunakan produk atau alatan profesional (seperti di dalam gambar), prinsipnya masih sama iaitu selepas kita membuang lapisan stratum corneum, badan kita akan menanggap ia sebagai kecederaan ringan lalu mempercepatkan proses mengganti sel yang telah hilang dengan sel yang abru dan sihat.

Proses ini memberi kesan baik kepada kulit di mana setelah stratum corneum tiada, permukaan kulit akan diperelokkan. Proses penyembuhan akan menghasilkan kulit baru yang lebih sihat, lembut dan licin. Sebahagian kulit yang tidak elok seperti parut jerawat, sunburn dan garis halus akan dibuang. Dan apabila tiada stratum corneum sebagai penghalang, krim perubatan dan losyen yang disapu akan diresap lebih banyak dan memberikan kesan yang lebih baik kerana bahan-bahan dan lembapan akan dibawa ke lapisan kulit yang lebih dalam. Oleh kerana proses mikrodermabrasi ini membuang lembapan dari kulit untuk sementara waktu, kita perlu terus pakai krim pelembab.

Penyelidikan awal menyatakan sekiranya proses rawatan ini dilakukan pada kekerapan sama, ia mampu mempengaruhi cara kulit dalaman kita tumbuh lebih cepat ke permukaan luaran. Jadi kulit kita diperbaharui dengan lebih cepat serta lebih sihat.

Buat pengetahuan semua, Mary Kay telah menghasilkan 1 set produk khas untuk mikrodermabrasi ini. Sila klik link di bawah


Hubungi:
Munirah
019-458 6247
Perunding Kecantikan Profesional Mary Kay
FB : Eiyaa Beauty
Email : munirah.marykay@gmail.com



Tuesday, August 12, 2014

Debut Sales Director Fatin Hanani Sulaiman (17-08-2014)

Salam beautiful...
Apa khabar anda hari ini?
Apa aktiviti anda hujung minggu ini?
Saya amat berbesar hati untuk menjemput anda semua yang bercita2 untuk menjalankan perniagaan sendiri ataupun untuk mencuba produk Mary Kay ke Majlis Debut Pengarah Jualan baru seperti tertera pada kad jemputan di bawah...


Beliau seorang surirumah sepenuh masa sebelum ini yang mana tugasnya hanya menjaga anak dan rumahtangga... Daripada tidak mempunyai pendapatan, kini beliau telah merasai pendapatan 4 angka berkat usaha gigih, bantuan daripada mentor-mentor dan of course sistem pendidikan sistematik yang telah disediakan oleh syarikat.

Beliau akan berkongsi dengan anda semua bagaimana beliau boleh berubah untuk mempunyai pendapatan sendiri dan bagaimana beliau boleh bekerja daripada rumah disamping menjaga anak dan menguruskan rumahtangga...

Untuk mengetahui rahsianya, tempah tempat anda sekarang dengan menghubungi saya/pm/sms//whatsapp 
019-458 6247 (Munirah)...
Kemasukan adalah PERCUMA



Wednesday, August 6, 2014

SEMINAR MARY KAY 2015

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua..

Masih belum terlambat untuk saya ucapkan "Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin" kepada semua yang mengikuti blog saya...

WOW!!! Ada sesuatu yang menarik untuk saya kongsikan bersama anda hari ni.. Apa tu yer???  Jeng.. Jeng... Jeng... Tahun Baru Seminar 2015 Mary Kay baru sahaja bermula iaitu pada 1 Ogos 2014 - 31 Julai 2015... 

Apa yang menarik sangat dengan Tahun Baru Seminar 2015 Mary Kay ni yer???

Buat pengetahuan semua, Seminar Mary Kay adalah sebuah majlis penghargaan yang ditawarkan oleh syarikat kepada semua perunding-perunding kecantikannya tidak kira sama ada yang baru ataupun yang senior atas kerja keras mereka selama tempoh setahun tersebut..... Para perunding kecantikannya berpeluang merebut 4 CINCIN BERLIAN tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarikat. 



Pasti anda ingin tahu apakah syarat-syaratnya kan... Disini saya nyatakan gambar cincin berlian yang boleh menjadi milik anda secara PERCUMA pada September 2015 serta syarat-syaratnya.

Cincin Berlian yang pertama adalah COURT OF PERSONAL SALES. Cincin ini ditawarkan kepada semua Perunding Kecantikan samada baru atau lama. Kita hanya perlu mencapai Target Julan yang ditetapkan. Ianya berdasarkan jualan kita selama setahun bermula 1 Ogos 2014 - 31 Julai 2015

Cincin Berlian yang kedua adalah COURT OF SHARING. Cincin ini ditawarkan kepada semua Perunding Kecantikan samada baru atau lama. Kita hanya perlu merekrut dengan berkongsi peluang perniagaan Mary Kay dengan orang lain. Ianya berdasarkan rekrut kita selama setahun bermula 1 Ogos 2014 - 31 Julai 2015.

Cincin Berlian yang ketiga adalah COURT OF UNIT PRODUCTION. Cincin ini ditawarkan untuk semua Pengarah Jualan. Pengarah Jualan perlu mencapai target jualan berkumpulan. Ianya berdasarkan Unit Produksi selama setahun bermula 1 Ogos 2014 - 31 Julai 2015.

Cincin Berlian yang keempat adalah QUEENS OF THE COURTS. Cincin ini amat diidam-idamkan oleh semua perunding. Cincin ini sangat istimewa yang diberikan kepada mereka yang mendapat tempat pertama bagi setiap kategori di atas.

Apa Anda Rasa??? Tak Sabar Untuk Memilikinya!!!

Syukur Alhamdulillah Allah telah menemukan saya dengan perniagaan Mary Kay yang mana ianya sebuah perniagaan yang sangat stabil (dah 51 Tahun) dan mempunyai sistem pendidikan yang sistematik dan teratur. 

Kini, saya sedikit sebanyak dapat membantu wanita-wanita lain untuk mendapatkan kulit yang sihat selain kehidupan ke arah yang lebih baik bukan sekadar cukup makan sahaja.

Sekiranya anda ingin kecapi apa yang saya kecapi dalam perniagaan Mary Kay ini, JANGAN BERLENGAH lagi... Jom jadi sebahagian daripada keluarga saya dalam Mary Kay dan bersama-sama saya membina impian ini. Hanya dengan 1 langkah, kehidupan anda boleh diubah... Masa dan usia tidak menunggu kita...  

Masih belum terlambat untuk anda memulakan langkah... kerana Tahun Baru Seminar 2015 Mary Kay baru sahaja bermula... Pengalaman dan Sijil Kelayakan tidak diperlukan... CUMA perlukan sedikit MODAL, KECEKALAN, USAHA dan KERAJINAN untuk menjadi HEBAT dan BERJAYA. Semoga Allah permudahkan perjalanan ini... Amin...

Hubungi/sms/whatsapp saya Munirah : 019-458 6247 untuk anda dapatkan maklumat...




Template by:

Free Blog Templates