Wednesday, May 20, 2015

ANDA MEMPUNYAI MASALAH JERAWAT???

Hai semua..
Pada petang ini saya nak berkongsi dengan anda semua satu masalah kulit yang sangat orang tak suka terutamanya wanita iaitu JERAWAT

Apa yang anda tahu tentang jerawat???
Adakah anda mengkaji sebab terjadinya jerawat sebelum menggunakan sebarang produk penjagaan kulit??

Kebanyakan daripada  kita realitinya tidak suka mengkaji dan membaca terlebih dahulu.. tetapi percaya 100% kepada testimoni produk segera..
Jika kulit anda tidak mempunyai masalah mungkin boleh dapat kesan segera seperti yang dijanjikan oleh produk berkenaan..

TETAPI
Sekiranya anda mempunyai masalah kulit kebarangkalian kulit anda menjadi lagi PARAH adalah TINGGI..

Di sini saya kongsikan bagaimana jerawat boleh terhasil.. Rajin-rajinlah anda membaca.. Semoga berguna buat anda semua..


   Jerawat terbentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersumbat di dalam liang pori kulit disebabkan liang pori kulit tidak dibersihkan dengan baik. Kulit mati pada tubuh kita juga akan terhasil 2 hari sekali yang mana ianya juga boleh terperangkap di dalam liang pori kulit jika tidak dibuang..

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan terhasilnya jerawat...
1. Hormon
Hormon Androgen mempengaruhi kalenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum pada usia remaja. Sebab itu ramai di kalangan wanita yang pada usia remaja dan awal dewasa akan kerap mengalami masalah jerawat.

2. Bakteria
Bakteria Propionibacteruim Acnes banyak terdapat pada kulit berjerawat yang mana makanannya adalah sebum dan sel kulit mati pada permukaan kulit.

3. Pemakanan
Diet mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan walaupun diet tidak dapat dibuktikan secara terperinci penyebab kepada terjadinya jerawat. Ini kerana insulin adalah hormon terpenting dalam badan kita yang boleh mempengaruhi hormon-hormon lain yang ada.

4. Tekanan
Tekanan yang melampau boleh menyebabkan radang jerawat. Ini kerana apabila kita menghadapi tekanan, adrenalin serta hormon androgen akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menyebabkan jerawat terjadi.

5. Alat Solek
Alat solek bukanlah punca utama kepada masalah kulit. Tetapi jika kulit tidak dibersihkan dengan baik terutamanya sebelum tidur, ia boleh memburukkan lagi keadaan jerawat kerana di waktu malam kulit akan bekerja.

6. Matahari
Haba yang dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit berpeluh dan berminyak secara berlebihan seterusnya menyumbat liang pori kulit.


Anda tidak perlu risau kerana kulit masih boleh dirawat..tetapi ia mengambil masa untuk sihat sepenuhnya..

Mary Kay ada set rawatan jerawat iaitu Acne-Prone Skin yang mana formulanya terdiri daripada ekstrak jambu batu yang mana kita sedia maklum jambu batu mempunyai khasiat yang tinggi untuk membantu mengecilkan pori-pori yang besar disamping menyerap minyak yang berlebihan.

Anda yang mempunyai masalah jerawat yang tidak berkesudahan bolehlah hubungi/sms/whatsap saya 019-458 6247 (Munirah), Pengarah Jualan Bebas Mary Kay untuk konsultasi kulit.

Template by:

Free Blog Templates