DR. BETH LANGE BERKATA:
"Saiz sebenar liang roma (pori) kita tidak berubah
apabila kita semakin tua. Kita kata pori bertambah besar, sebenarnya ia hanya
menjadi lebih ketara akibat pengenduran dinding pori. Memang mustahil untuk
mengecilkan saiz pori, namun anda boleh mengurangkan keketaraannya dengan
TimeWise® Moisture Renewing Softener"
FAKTA: KULIT YANG DIHIDRATKAN DENGAN BAIK TAMPAK LEBIH MUDA
KERANA KULIT YANG CUKUP DENGAN LEMBAPAN KURANG MENUNJUKKAN KEDUTAN DAN
TAMPAK LEBIH TEGANG SERTA LICIN
BAGAIMANA IA BERTINDAK
Pelembut ini dirumus khas untuk menjadikan kulit anda berasa
lembut bak sutera, dihidratkan dan sedia menerima pelbagai faedah daripada
setiap langkah yang berikutnya.
1. Ia mencukupkan kulit dengan lembapan. TimeWise® Moisture
Renewing Softener mengandungi natrium hialuronat penggemar lembapan, satu
humektan kuat yang bertindak seperti span pada kulit anda, membantu menarik
lembapan supaya kulit anda boleh menggunakannya secara lebih berkesan. Kulit
akan segera dilembapkan dan membantu kulit kelihatan lebih licin, sihat dan
mudah pulih.
2. Ia membantu mengurangkan keketaraan pori. TimeWise®
Moisture Renewing Softener dirumus dengan mirtus komunis, sejenis ekstrak
daripada pokok bunga mirtel, dan ekstrak biji lentil yang kedua-duanya dapat
membantu menyokong matriks derma kulit. Tekstur kulit kelihatan halus serta
dapat mengurangkan keketaraan pori dan garis-garis halus.
3. Ia menjadikan kulit kelihatan lebih cerah. Dirumus dengan
Niasinamida, pelembut ini membelai dan menjadikan kulit kelihatan lebih cerah,
berkilau dengan seri wajah yang sihat. Niasinamida telah menunjukkan
keupayaannya mengurangkan kesan kerosakan akibat dedahan kepada UV yang
menyebabkan pigmentasi tidak sekata.
4. Berdasarkan ujian in vitro
FAEDAH DAN PERAKUAN
Dalam satu kajian selama dua minggu*, sejumlah besar wanita
bersetuju bahawa TimeWise® Moisture Renewing Softener meningkatkan hasil
rejimen penjagaan kulit mereka. Di bawah ini adalah kenyataan mereka:
90% mengatakan kulit mereka berasa lembut dan dihidratkan
89% mengatakan ia membantu kulit mereka kelihatan lebih
licin
87% mengatakan kulit mereka berasa disuburkan
83% mengatakan ia membantu menambah baik tekstur kulit
77% mengatakan ia mengurangkan keketaraan pori
*Keputusan yang dilaporkan dalam kajian pengguna bebas selama
dua minggu.
** Bagi anda yang mahu mendapatkan maklumat lanjut, ingin
membuat pembelian, atau ingin mencuba produk ini secara percuma boleh hubungi
saya.
Hubungi :
Munirah
Perunding Kecantikan Profesional Mary Kay
FB : Eiya Beauty
Email : munirah.marykay@gmail.com